Thursday, September 13, 2012

Latih Tubi 1

Posted by Unknown at 7:28 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Baiklah adik-adik, dah banyak yang kita belajar berkenaan proses perubahan keadaan bahan. Di sini cikgu sertakan latih tubi berkenaan tajuk tersebut.


Proses Perubahan Keadaan Bahan

Kitaran Air Hujan

Posted by Unknown at 7:13 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Hai adik-adik! Entry yang lalu adik-adik sduah belajar mengenai proses perubahan keadaan bahan kan? Okkay! Hari ini kita nak belajar tentang sesuatu yang lebih menarik iaitu, bagaimana AIR HUJAN BERLAKU! yey! :)

Sebelum itu, adik-adik boleh menonton video ini! 


Ha.. macam mana adik-adik? Seronok?

Boleh adik-adik aplikasi kan apa yang adik belajar pada entry yang lalu pada kitaran air hujan ini?


Boleh adik-adik terangkan berkenaan kitaran air hujan berdasarkan gamabr diatas?


Tahniah adik-adik :)

Proses Perubahan Keadaan Bahan 2

Posted by Unknown at 7:01 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Adik-adik sudah faham dengan penerangan daripada entry yang lepas? Boleh adik-adik berikan beberapa contoh daripada perubahan keadaan bahan yang ditunjukkan sebelum ini?

Proses penyejatan


Proses penyejatan boleh berlaku pada pakaian yang dijemur oleh ibu. Air daripada pakaian tersejat dan menjadikan kain itu kering. Penyejatan berlaku dengan cepat sekiranya ccuaca panas, berangin dan baju yang dijemur pada luas permukaan yang besar.

Proses penyejatan juga berlaku dalam kitaran air hujan. Air dari lautan dan sebagainya tersejat dan membentuk awan :)


Dapatkah adik-adik berikan contoh-contoh lain?


Entry seterusnya akan menerangkan berkenaan kitaran hujan. :)


Proses Perubahan Keadaan Bahan

Posted by Unknown at 6:32 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Hai adik-adik! Kali ini, kita akan melihat serba sedikit berkenaan proses perubahan keadaan bahan.



Freezing          - Pembekuan *Perubahan daripada cecair kepada pepejal* Air -> Ais
Melting           - Pencairan  *Perubahan pepejal kepada cecair* Ais -> Air
Sublimation   - Pemejalwapan *Perubahan daripada pepejal kepada gas / gas kepada pepejal*
Evaporation    - Penyejatan *Perubahan daripada cecair kepada gas / wap air*
Condensation  - Kondensasi *Perubahan dari wap air / gas kepada cecair*

Berdasarkan gambar diatas, dapatkah adik-adik kenal pasti bagaimanakh berlakunya perubahan daripada satu bahan ke satu bahan yang lain?


Bolehkan adik bagi contoh kepada setiap perubahan ini? Selamat mencuba!



Buruj di Langit

Posted by Unknown at 5:32 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Entry yang lepas kita dah lihat dan belajara tentang nama-nama planet di alam semesta. Entry kali ini kita akan belajar sesuatu yang menarik juga mengenai angkasa lepas. Cuba adik-adik teka! Jom, kita nyanyi lagu ini bersama-sama.



Haa! Betol! Pada entry kali ni kita nak belajar mengenai 'Bintang'. Apa yang menarik mengenai bintang?


Pernah adik-adik pandang ke langit pada setiap malam? Apa yanga adik-adik nampak?

Sumber: Mike's Blender


Adik-adik dapat lihat bulan dan banyak bintang-bintang bukan?
Pernah adik lihat bentuk-bentuk seperti ini?



atau ini?

Sumber: Nasa


atau ini?



cuba adik-adik sambungkan antara bintang-bintang tersebut hingga menjadi bentuk..

Tahniah! adik-adik berjaya menyambungkan bintang-bintang tersebut. Ini dipanggil 'buruj'. 

Apakah buruj?
Buruj ialah gugusan bintang dilangit yang membentuk corak tertentu.

Buruj berfungsi sebagai penunjuk arah kepada sesutu kawasan pagi pengembara pada zaman dahulu. Selain daripada itu petani-petani menggunakan buruj bagi menanda waktu yang sesuai untuk menanam

Buruk Belantik


Buruj Pari


Buruj Skorpio


Buruj Biduk


diharap adik-adik dapat faham dengan tajuk hari ini :)

Monday, September 10, 2012

Planet di Sistem Suria Kita!

Posted by Unknown at 3:49 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)
Apa khabar semua? Dah sedia untuk pembelajaran yang pertama. Boleh la nak ambik pop-corn ke, lolly-pop ke, japgi nak kita nak pergi jalan jauh ni. Salam cium tangan mak ayah dulu ka, ambik berkat.

Okay okay. Dah ready dah?

Jom! Pakai seatbelt. Pakai helmet siap-siap. Kalau takda, pegi mintak dengan ayah jap nak pinjam helmet motor. Okkay!! Readyyyy~





Haa! Sekarang kita dah sampai ke angkasa lepas. Apa yang adik-adik boleh nampak disekeliling kita? Angkat tangan! Ehh! Tak nampak pon kalau angkat tangan. Antara yang kita boleh nampak semestinya lah 8 buah Planet! Jom kita namakan planet-planet yang ada di sistem suria kita ni.



Sumber: NASA


Mari kita namakan planet ni dari yang paling dekat dengan matahari sehingga yang yang paling jauh dengan matahari!

Utarid - Zuhrah - Bumi - Marikh - Musytari - Zuhal - Uranus - Neptun


Hah?!!! Banyaknya! Susahnya nak ingat!


Okay! Jangan risau...


Nak ingat ni senang je..


Cuba guna analogi ni;

Ustazah - Utarid
Zaharah - Zuhrah
Bawa - Bumi
Motor - Marikh
Modenas - Musytari
Zuhi - Zuhal
Ura-ura - Uranus
Naik - Neptune
Planet - Pluto


Kalau dalam Bahasa Inggeris pula, kita boleh gunakan..

My - Mercury
Very - Venus
Best - Earth
Mother - Mars
Just - Jupiter
Serve - Saturn
Us - Uranus
Nine -Neptune
Pizza - Pluto

Haaaa...! Senang tak nak ingat? Bagos bagos.

Tapi, kita untuk pengetahuan adik-adik, Pluto sudah tidak dikategorikan sebagai Planet seperti planet-planet lain sejak tahun 2006.

Haa..?!! Kenapa Pluto sudah tak dikategorikan sebagai sebuah Planet? Kita akan bincang perkara ini pada post-post seterusnya.

Sumber : NerdCrunch


Sebelum kita kembali pulang ke Bumi, mari kita sama-sama uji minda kita dengan menonton video ini.





Haa! Cuba kamu teka, Planet apakah yang tidak disebut dalam video tersebut?


Selamat mencuba!

Sunday, September 9, 2012

Selamat datang!

Posted by Unknown at 6:52 PM 0 Seronoknya belajar Sains! Ni idea saya :)

Selamat datang ke blog bagi pembelajaran Sains Sekolah Rendah.


Diharapkan blog ini dapat membantu adik-adik bagi memantapkan kefahaman Sains anda berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari di bilik darjah.





 

Learn & Laugh! Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review