Hai adik-adik! Entry yang lalu adik-adik sduah belajar mengenai proses perubahan keadaan bahan kan? Okkay! Hari ini kita nak belajar tentang sesuatu yang lebih menarik iaitu, bagaimana AIR HUJAN BERLAKU! yey! :)
Sebelum itu, adik-adik boleh menonton video ini!
Ha.. macam mana adik-adik? Seronok?
Boleh adik-adik aplikasi kan apa yang adik belajar pada entry yang lalu pada kitaran air hujan ini?
Boleh adik-adik terangkan berkenaan kitaran air hujan berdasarkan gamabr diatas?
Adik-adik sudah faham dengan penerangan daripada entry yang lepas? Boleh adik-adik berikan beberapa contoh daripada perubahan keadaan bahan yang ditunjukkan sebelum ini?
Proses penyejatan
Proses penyejatan boleh berlaku pada pakaian yang dijemur oleh ibu. Air daripada pakaian tersejat dan menjadikan kain itu kering. Penyejatan berlaku dengan cepat sekiranya ccuaca panas, berangin dan baju yang dijemur pada luas permukaan yang besar.
Proses penyejatan juga berlaku dalam kitaran air hujan. Air dari lautan dan sebagainya tersejat dan membentuk awan :)
Dapatkah adik-adik berikan contoh-contoh lain?
Entry seterusnya akan menerangkan berkenaan kitaran hujan. :)
Hai adik-adik! Kali ini, kita akan melihat serba sedikit berkenaan proses perubahan keadaan bahan.
Freezing - Pembekuan *Perubahan daripada cecair kepada pepejal* Air -> Ais
Melting - Pencairan *Perubahan pepejal kepada cecair* Ais -> Air
Sublimation - Pemejalwapan *Perubahan daripada pepejal kepada gas / gas kepada pepejal*
Evaporation - Penyejatan *Perubahan daripada cecair kepada gas / wap air*
Condensation - Kondensasi *Perubahan dari wap air / gas kepada cecair*
Berdasarkan gambar diatas, dapatkah adik-adik kenal pasti bagaimanakh berlakunya perubahan daripada satu bahan ke satu bahan yang lain?
Bolehkan adik bagi contoh kepada setiap perubahan ini? Selamat mencuba!
Entry yang lepas kita dah lihat dan belajara tentang nama-nama planet di alam semesta. Entry kali ini kita akan belajar sesuatu yang menarik juga mengenai angkasa lepas. Cuba adik-adik teka! Jom, kita nyanyi lagu ini bersama-sama.
Haa! Betol! Pada entry kali ni kita nak belajar mengenai 'Bintang'. Apa yang menarik mengenai bintang?
Pernah adik-adik pandang ke langit pada setiap malam? Apa yanga adik-adik nampak?
cuba adik-adik sambungkan antara bintang-bintang tersebut hingga menjadi bentuk..
Tahniah! adik-adik berjaya menyambungkan bintang-bintang tersebut. Ini dipanggil 'buruj'.
Apakah buruj?
Buruj ialah gugusan bintang dilangit yang membentuk corak tertentu.
Buruj berfungsi sebagai penunjuk arah kepada sesutu kawasan pagi pengembara pada zaman dahulu. Selain daripada itu petani-petani menggunakan buruj bagi menanda waktu yang sesuai untuk menanam
Buruk Belantik
Buruj Pari
Buruj Skorpio
Buruj Biduk
diharap adik-adik dapat faham dengan tajuk hari ini :)
Apa khabar semua? Dah sedia untuk pembelajaran yang pertama. Boleh la nak ambik pop-corn ke, lolly-pop ke, japgi nak kita nak pergi jalan jauh ni. Salam cium tangan mak ayah dulu ka, ambik berkat.
Haa! Sekarang kita dah sampai ke angkasa lepas. Apa yang adik-adik boleh nampak disekeliling kita? Angkat tangan! Ehh! Tak nampak pon kalau angkat tangan. Antara yang kita boleh nampak semestinya lah 8 buah Planet! Jom kita namakan planet-planet yang ada di sistem suria kita ni.